PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

                                                  

KOD: MPU 23072

 

KURSUS: PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

TAJUK: PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

 

(BLOG)

NAMA

NO MATRIK

NADHIRAH UZMA BINTI MOHD HUSSIN

26DRT21F1002

NUR ADIBAH SYAHIRAH BINTI ZULKEFLI

26DRT21F1020

KHAIRUNNISA BINTI MOHAMAD HAZIZI

26DRT21F1003

QATRUL NAJJA BINTI AZIZAN

26DRT21F1006



SESI 2 2021/2022

PENSYARAH: PUAN DINA BINTI  ABDUL KHALIK

 



 

BIL

 

PERKARA

 

M/S

 

1.

 

PENGHARGAAN

 

3

 

2.

 

PENDAHULUAN

 

4

 

3.

 

OBJEKTIF

 

5

 

4.

 

HURAIAN

·         Definisi

·         Apa itu media sosial

·         Faktor- faktor penggunaan bahasa kesat

·         Contoh bahasa kesat

 

 

 

 

6-9

 

5.

 

STATISTIK

 

10

 

6.

 

IMPLIKASI

 

11

 

7.

 

CARA MENANGANI MASALAH

 

12

 

 

8.

 

KESIMPULAN

 

13

 

9.

 

SUMBER RUJUKAN

 

14







 PENGHARGAAN

     Bersyukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang dihormati, Puan Dina Binti Khalik kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan ini.



PENDAHULUAN

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

    Pantun melayu lama ini menggambarkan betapa bahasa itu amat indah dan bermakna kepada setiap insan di dunia ini.  Tanpa bahasa manusia hanya mampu berkomunikasi dengan bahasa isyarat atau bahasa tubuh.  Bahasa merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia dan masyarakat serta negara. Bahasa juga merupakan simbol dalam kehidupan sosial manusia kerana bahasa melambangkan identiti kelompok masyarakat dan sosiokultural sesebuah negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan menjadi simbol kepada kedaulatan bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.



OBJEKTIF

Tujuan blog ini dilakukan untuk: 

·         Untuk memberitahu kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa kesat di media sosial.

·        Mendedahkan kepada masyarakat bahayanya penggunaan bahasa kesat ini kepada orang lain.

·       Mendedahkan kesan penggunaan bahasa kesat.



DEFINISI

   Definisi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2002:87), bahasa kasar atau kesat merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis kerana ia akan menimbulkan perasaan sakit hati terhadap orang yang membaca atau mendengarnya.



APA ITU MEDIA SOSIAL?

 

  Media sosial merupakan media yang digunakan atas talian, dengan memberi peluang kepada pengguna untuk membuka laman web peribadi dan kemudian berhubung dengan masyarakat sedunia. Media tradisional seperti surat khabar dan penyiaran televisyen memberi kekangan kepada para pengguna untuk memberikan pendapat dan pandangan bebas terhadap sesuatu isu atau berita yang disiarkan. Lantaran itu, media sosial yang berasaskan internet menjadi medan kepada pengguna untuk berhibur dengan melemparkan pendapat dan maklum balas secara terbuka, serta berkongsi maklumat dalam masa yang singkat tanpa batasan. Jaringan sosial yang sangat digemari oleh masyarakat kini ialah Whatsapp, Facebook, Instagram, dan Twitter. Pengguna aplikasi sosial sebegini boleh boleh sentiasa memuat naik gambar ataupun status terkini mereka. Media sosial juga digunakan untuk tujuan mempromosikan produk dan memudahkan urusan jual beli secara talian. Ciri media sosial yang tidak menghalang sesiapa untuk berhibur menyebabkan media sosial berkembang dengan pesat dan memuat turun aplikasi laman sosial dalam telefon pintar sudah menjadi satu kewajipan.


FAKTOR-FAKTOR PENGGUNAAN BAHASA KESAT DI MEDIA SOSIAL

a) Rakan sebaya

orang yang paling hampir dengan kita selain ibu bapa dan kaum keluarga.  Remaja yang terdedah dengan kehidupan yang terlampau bebas akan menjadikan rakan sebaya mereka sebagai individu yang penting dalam hidup mereka.  Pergaulan yang bebas dengan rakan sebaya yang bermasalah akan menyebabkan mereka akan turut terpengaruh dengan gejala yang kurang baik.  Kebiasaannya golongan ini akan menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat apabila berkomunikasi sesama mereka.  Lebih membimbangkan apabila ada di kalangan remaja tidak segan silu menggunakan bahasa –bahasa lucah apabila bercakap. Justeru apabila perbuatan sering menjadi amalan mereka akan turut menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan seperti ini apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga atau orang yang lebih tua daripada mereka.  Sekiranya tingkah laku ini tidak dibendung pastinya akan menjadi teladan dan ikutan golongan anak-anak kecil ataupun adik-beradik mereka pula.



CONTOH PENGGUNAAN BAHASA KESAT




Ini adalah contoh penggunaan bahasa kesat yang sering dilakukan di media sosial contohnya di whatsapp, Instagram, facebook, twitter dan lain-lain.



STATISTIK



Statistik pengguna media sosial mengikut umur 




 IMPLIKASI

a) Implikasi penggunaan bahasa kesat di media sosial

  Kata-kata kesat juga digunakan untuk meluahkan kemarahan apabila wujudnya pertelingkahan antara dua individu ataupun kumpulan. Bahasa kasar juga digunakan dalam penyebaran fitnah di media sosial. Kata-kata yang pantang ataupun haram digunakan dalam pertuturan seharian, mengotori media sosial. Contohnya, perkataan yang berhubung kait dengan anggota badan atau anggota sulit. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan emosi. Hakikatnya, kebebasan penggunaan media sosial tidak harus disalahgunakan dan diambil kesempatan kerana hal ini melanggar undang-undang negara dimana jika disabit kesalahan, tertuduh akan menghadapi hukuman. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kita sebagai pengguna media sosial seharusnya memahami bahawa menyentuh sensitiviti pihak lain adalah salah di sisi undang-undang. Kita harus berhati-hati dalam pemilihan perkataan apabila hendak berkongsi pendapat di laman sosial. Kita patut memastikan bahasa yang ditapis dimuat naik di media sosial agar tidak menjatuhkan maruah diri sendiri dan masyarakat. Media sosial bukanlah tempat untuk melemparkan pendapat sewenang-wenangnya, malah kita haruslah boleh berfikir akan akibatnya sebelum bertindak. Selain itu, media sosial turut menjadi platform untuk menyebarkan fitnah. Sebagai contohnya, para ibu bapa yang menetap di kampung kebanyakkannya tidak menguasai bahasa kedua terutamanya bahasa Inggeris. Apabila sesuatu informasi dalam bahasa Inggeris di sebarkan, seseorang akan memanipulasikan maklumat ini untuk menyebarkan fitnah dengan menggunakan ibu bapa sebagai saluran fitnah. Ibu bapa tidak dapat memastikan ketulenan atau kesahihan sesuatu berita atau maklumat yang dibaca di media sosial. Akibatnya, sesebuah institusi atau masyarakat akan menerima kesan yang buruk atas penyebaran fitnah tersebut.



CARA MENANGANI MASALAH

PERANAN IBU BAPA

    Pepatah melayu ada menyatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Ini bermakna mendidik anak-anak perlulah dari kecil kerana anak-anak yang dilahirkan umpama kain putih, ibu bapalah yang berperanan untuk mewarnainya.   Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak.  Bagi menangani fenomema masalah penggunaan bahasa tidak sopan ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan membimbing anak-anak dalam membentuk cara berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan dan teratur Ibu bapa perlu bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak mereka.  Mereka juga perlu memantau aktiviti dan cara pergaulan anak-anak mereka.  Sekiranya terdapat ciri-ciri negatif dan penggunaan bahasa yang kurang sopan di kalangan anak-anak , ibu bapa perlulah berusaha menegah agar hal itu tidak berterusan.  Teguran dan nasihat hendaklah sentiasa diberikan supaya anak-anak dapat membezakan tentang bahasa yang sopan dengan bahasa yang tidak sopan .  Ibu bapa juga perlu menggunakan bahasa yang baik dan sopan apabila berkomunikasi dengan anak-anak.  Ini menyebabkan anak-anak akan merasa lebih disayangi dan dihargai. Ahli keluarga lain mesti mengamalkan pertuturan yang bersopan dan berhemah antara satu sama lain.  Ini merupakan contoh dan pengaruh yang baik terhadap anak-anak.  Apabila anak-anak sentiasa didedahkan dengan penggunaan bahasa yang baik dan sopan, mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan penggunaan bahasa-bahasa yang kasar dan kurang sopan.


PERANAN GURU

  Peranan guru adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari emosi, jasmani, fizikal dan rohani.  Justeru dalam usaha membendung gejala penggunaan bahasa tidak sopan ini, peranan guru khasnya guru bahasa Melayu perlu memberi penekanan dalam aspek kemahiran lisan dalam kemahiran berbahasa.  Penekanan harus diberikan tentang aspek-aspek pertuturan yang bertatasusila, lengkap dan tersusun.  Penerapan nilai-nilai murni juga perlu diberi penekanan yang sewajarnya.  Pembentukan moral dan sahsiah yang baik juga perlu ditekankan melalui pengajaran Pendidikan Agama lslam dan Moral.  Ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia.



 KESIMPULAN

    Bahasa merupakan satu alat untuk manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Tanpa bahasa , manusia adalah bisu dan hanya boleh berinteraksi melalui bahasa isyarat atau bahasa badan.  Bahasa juga melambangkan identiti masyarakat sesebuah negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.  Berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi menjamin kedaulatan serta memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.  Namun begitu, kita juga tidak terlepas daripada menghadapi rintangan dalam mengekalkan usaha-usaha tersebut.  Antara rintangan tersebut ialah penggunaan bahasa tidak sopan yang semakin menular  umpama satu wabak yang amat merbahaya. Fenomena penggunaan bahasa tidak sopan merupakan satu gejala alaf baru yang bakal menggugat kedaulatan bangsa dan menghakis nilai-nilai kasantunan bahasa Melayu sekiranya tidak di bendung dengan sewajarnya.

      Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan berleluasa.  Usaha pelbagai pihak daripada semua peringkat masyarakat adalah perlu bagi memastikan kejayaan dicapai.  Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan bahasa yang sopan perlulah dipertingkatkan.   Penggunaan bahasa yang bertepatan, sesuai dan betul akan memberi kesan dan makna yang mendalam untuk menyampaikan sesuatu maksud semasa kita berkomunikasi dengan orang lain.  Memahami apa yang disampaikan menjadikan individu yang di lawan cakapnya merasa dihargai dan gembira. Ini menandakan bahawa proses komunikasi itu Berjaya Kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang memartabatkan kedaulatan bangsa dan menjaga tatasusila dalam budaya kehidupan yang dilalui.



SUMBER RUJUKAN

Comments